PENGAPLIKASIAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
P PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA
INDUKTIF
Definisi
Perdekatan induktif
bermula daripada spesifik kepada umum iaitu dimulakan dengan sesuatu sebab atau
contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi (J.M Kierzek & W. Gibson,
1960). Hal ini bermaksud seseorang guru boleh membantu pelajar menguasai konsep
atau generalisasi berasaskan pemerhatian atau contoh-contoh yang diperoleh.
B. Seaton, 1982 :
pembelajaran melalui induktif sepertimana pelajar mengalami satu proses mental
yang mana ia memerhati peristiwa tertentu untuk memperoleh satu generalisasi.
Pendekatan ini menggunakan kaedah penemuan yang melibatkan proses memerhati,
mengkaji dan menganalisis sesuatu aspek sebelum membuat generalisasi. Cara
induktif merupakan kaedah di mana guru memulakan pengajarannya dengan
memberikan beberapa contoh yang khusus dan membuat kesimpulan untuk membentuk
konsep.
Prinsip-prinsip pengajaran secara induktif
Contoh haruslah
relevan dan sesuai untuk menerangkan sesuatu. Tambahan pula, contoh
dipelbagaikan supaya generalisasi dapat dicapai dengan mudah. Dalam proses
membentuk generalisasi, guru menggalakkan pelajar untuk mengemukakan contoh. Guru hendaklah membimbing pelajar untuk membuat
kesimpulan. Berdasarkan contoh yang dikemukakan, guru bersama pelajar membentuk
kesimpulan umum. Guru memberikan
peluang kepada pelajar untuk memerhati dan menganalisis contoh agar
generalisasi dapat dibuat. Guru merancang
aktiviti pengajaran yang berkisar daripada contoh khusus kepda satu
generalisasi atau kesimpulan umum. Langkah sedemikian akan memudahkan pelajar
menguasai peraturan-peraturan umum yang dapat diperoleh daripada fakta atau
contoh khusus. Pengajaran secara
induktif menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit. Secara umumnya, jenis pendekatan induktif digunakan
bergantung pada hasil pembelajaran yang diinginkan. Contohnya jika guru inginkan pelajar memahami proses
bagaimana sesuatu konsep atau generalisasi diperoleh, maka pendekatan induktif
amat sesuai digunakan.
DEDUKTIF
Definisi
Pendekatan deduktif
merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik dan
pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran di mana pelajar bermula dengan
hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu (Brian Seaton, 1982).
Pendekatan mengajar secara deduktif mengasaskan pengajaran dan pembelajaran
murid kepada hukum-hukum tertentu. Pendekatan ini bermula dengan melihat
hukum-hukum atau mempelajari peraturan tertentu dan dari sini pembelajaran akan
diteruskan dengan menganalisis hukum-hukum melalui contoh atau mengaplikasikan
peraturan yang diberikan.
Secara ringkasnya,
seorang guru akan mengemukakan satu konsep/hukum/ generalisasi dengan
menerangkan definisi sebelum memberikan beberapa contoh untuk memperjelas
kefahaman. Pendekatan menggunakan deduktif dicirikan dengan pelajar mempelajari
sesuatu berdasarkan sesuatu hukum. Pelajar perlu menaakul untuk mendapatkan
fakta/contoh tertentu daripada peraturan umum. Dalam proses penaakulan, pelajar
mengumpulkan fakta untuk membuktikan satu pernyataan umum itu benar atau tidak.
Proses penganalisasi fakta yang dikumpulkan berlaku sebelum membentuk
generalisasi. Pada peringkat proses deduktif, pelajar bersama guru akan membuat
kesimpulan tentang fakta daripada yang umum kepada spesifik.
Prinsip penggunaan pengajaran deduktif
Sesuatu masalah diperkenalkan dan ditakrifkan. Guru dan
pelajar mengemukakan cara penyelesaian masalah. Dalam konteks ini, generalisasi
yang dikemukakan harus dinyatakan secara eksplisit. Penyelesaian masalah
mengikut langkah demi langkah. Beberapa contoh digunakan untuk menerangkan
generalisasi atau peraturan. Berdasarkan contoh yang digunakan, pelajar meniru
atau menghafal contoh dan membentuk contoh lain melalui latihan. Kesimpulan dibuat berdasarkan bukti yang ada setelah memahami
konsep serta contoh yang diberikan. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk
meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Latihan
menulis untuk mengesan kebolehan pelajar menguasai kemahiran. Pemahaman
generalisasi atau peraturan dinilai dengan menggunakannya dalam situasi-situasi
baru yang mempunyai masalah hampir serupa. Secara ringkas, pendekatan
deduktif digunakan jika keutamaan pelajaran tertumpu kepada pemahaman konsep
sahaja bukannya proses memperoleh konsep.
EKLEKTIK
Definisi
Pendekatan ini
menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik
daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan
pembelajaran. Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai pelajar pelbagai
kebolehan. Pendekatan eklektik boleh dihasilkan dengan menggunakan induktif dan
deduktif. Strategi pengajaran menggunakan pendekatan eklektik boleh dilakukan
dengan dua cara iaitu:
KOMUNIKATIF
Definisi
Pengajaran bahasa komunikatif merupakan suatu
pendekatan dalam pengajaran bahasa kedua yang menekankan interaksi baik. Nunan (1991:279) menyatakan 5 ciri khas utama Pembelajaran
Bahasa Komunikatif, iaitu :
· Penekanan pada
pembelajaran untuk berkomunikasi melalui interaksi dalam bahasa sasaran
· Pengenalan teks asli dalam situasi pembelajaran
· Pemberian peluang bagi pelajar untuk fokus bukan saja
pada bahasa tetapi juga pada proses belajar itu sendiri
· Peningkatan
pengalaman pribadi pelajar sendiri sebagai unsur yang memberikan sumbangan
terhadap hasil belajar di kelas
· Keupayaan menghubungkan pembelajaran bahasa di
kelas dengan pengaktifan bahasa di luar kelas.
Prinsip-prinsip yang dapat dipertimbangkan dalam kegiatan pengajaran bahasa
di kelas, antara lain:
· Kegiatan yang
melibatkan komunikasi nyata mendorong hasil belajar
· Kegiatan yang di dalamnya adalah penggunaan
bahasa untuk melakukan tugas-tugas yang bermakna meningkatkan
hasil belajar
· Bahasa yang
bermakna bagi pelajar mendukung proses pembelajaran (prinsip kebermaknaan)
· Penggunaan bahasa yang asli menentukan pencapaian terhadap keberhasilan pembelajaran bahasa kedua/asing
· Penggunaan kerja
pasangan atau kerja kelompok dalam situasi komunikatif interaktif
· Eksplorasi
berdasarkan task-based exploration, negosiasi dan pemecahan masalah
PENDEKATAN PEMBELAJARAN BAHASA
· Berpusatkan pelajar
· Berpusatkan
bahan/sumber
· Pembelajaran
berasaskan projek/aktiviti
· Pembelajaran
berasaskan masalah
BERPUSATKAN PELAJAR
Pembelajaran berpusatkan
pelajar bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa-apa
yang diajar dan bagaimana ia dipelajari. Ada sedikit kecenderungan terhadap
pembelajaran eksperiential dan membuat penemuan untuk mereka. Pembelajaran
secara aktif berpusatkan pelajar dan meningkatkan penglibatan pelajar (Orlich et al, 2007). Pengajaran
di mana tumpuan diberikan kepada pelajar dalam melaksanakan aktiviti
pengajaran. Pelajar memiliki kebebasan untuk melakukan aktiviti bersama guru
dan proses pembelajaran berbentuk penerokaan idea-idea dan konsep-konsep baru.
Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan
melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar. Kaedah
ini boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat
memperkembangkan kreativiti pelajar. Pelajar menyertai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran secara aktif. Komunikasi berbentuk dua hala serta berlakunya soal
jawab antara guru dengan pelajar. Pendekatan ini sesuai digunakan apabila
maklumat tidak disampaikan secara berkesan berbanding dengan strategi
berpusatkan guru dan matlamatnya adalah untuk memperkembangkan kemahiran
pemikiran kreatif secara kritis. Pengajaran di dalam bilik darjah yang
berpusatkan pelajar selalunya kurang ekspilisit.
Walaupun strategi
berpusatkan pelajar kurang ekspilisit, guru tidak membiarkan pelajar untuk
melakukan aktiviti tanpa pemantauan. Guru bertindak sebagai fasilitator dan
bertanggungjawab terhadap pelajar. Guru juga bertindak secara autoritatif
dengan mengagihkan sedikit kuasanya kepada pelajar. Kajian menunjukkan bahawa
strategi berpusatkan pelajar mempunyai kelebihan untuk memperkembangkan
kebolehan pelajar dan mengaplikasikan konsep sikap yang positif, mewujudkan
motivasi serta memperkembangkan peribadi dalam menggalakkan kemahiran sosial
kumpulan. Bilik darjah yang berpusatkan pelajar juga menunjukkan perkembangan
kognitif di peringkat yang tinggi dalam kalangan pelajar. Pembelajaran
menekankan kepada pembelajaran kendiri, arahan kendiri dan inkuiri-penemuan.
Contoh strategi pemusatan pelajar ialah induktif, lakonan, permainan, main
peranan, simulasi, perbincangan, koperatif, sumbang saran dan sebagainya.
BERPUSATKAN BAHAN/SUMBER
Strategi
berpusatkan bahan bermaksud guru menggunakan banyak bahan seperti buku, blok
binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses
kendiri dll untuk menjalankan pengajarannya. Strategi berpusatkan bahan
meliputi cara yang luas bagi pelajar yang dibimbing oleh guru hingga yang
belajar secara individu dapat belajar. Penekanan diberikan kepada penggunaan
bahan-bahan untuk meningkatkan P&P. Penggunaan bahan-bahan harus berasaskan
kepada beberapa faktor seperti objektif pengajaran, keperluan pelajar, strategi
pengajaran dan kebolehan pelajar. Kepelbagaian media akan meningkatkan proses
P&P serta meningkatkan pemikiran kritikal dan kemahiran mental. Bentuk
penyampaian juga akan dipelbagaikan. Komputer di dalam bilik darjah boleh
digunakan untuk latihan,latih tubi dan permainan pendidikan. Contohnya dalam
pengajaran Matematik, Bahasa dan pengajaran interaktif melalui CD-ROM (compact
disk). Penggunaan internet juga membolehkan pelajar memfokus kepada isu-isu
global. Penggunaan slaid dan transparensi turut membantu pelajar memahami
sesuatu dengan lebih mudah, cepat serta tepat penanggapan.
Hal ini membolehkan
pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan. Gambar, peta dan carta dapat
membantu pelajar memahami dengan lebih jelas. Gambar yang besar dan
berwarna-warni dapat menarik minat serta meningkatkan penumpuan pelajar dalam
pelajaran. Carta pula memudahkan pemahaman pelajar dari segi mudah diingati
seperti carta pai, histogram dan graf. Pembelajaran berpusatkan bahan penting
bagi membantu guru memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai. Pembelajaran ini
dapat menunjukkan cara untuk belajar mengikut kadar sendiri pada bila-bila masa
dan di lokasi yang tidak menyulitkan mereka. Selain itu, ia juga dapat membantu
pelajar yang tidak hadir.
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK/ AKTIVITI
Guru melibatkan
pelajar dalam aktiviti atau projek yang memberikan peluang kepada pelajar untuk
melatih atau mengaplikasi apa-apa yang dipelajari (dan dalam proses memberikan
bimbingan, strategi mempermudah tugasan atau bantuan/ scaffolding yang membolehkan
mereka menyempurnakan aktiviti dengan jayanya).
Kriteria dalam pemilihan atau membentuk aktiviti :
Aktiviti yang dipilih harus berfokus kepada matlamat utama
topik yang ingin diajar. Guru perlu memberikan perhatian kepada jenis aktiviti
yang boleh menuju pencapaian matlamat tersebut. Matlamat utama harus berfokus
kepada pemahaman kandungan pelajar dan kebolehan untuk mengaplikasikannya dalam
situasi lain.
Berdassarkan
matlamat pengajaran, boleh diambil kira kepelbagaian aktiviti. Contoh aktiviti
boleh merupakan aktiviti yang amat diperlukan; aktiviti relevan yang berguna;
aktiviti yang relevan tetapi tidak begitu berguna. Aktiviti akan menyediakan peluang untuk berinteraksi dan
membuat refleksi bukannya aktiviti ,elibatkan penulisan, mengarang prosa atau
melengkapkan tempat kosong.
Selain aktiviti
dipilih dengan baik, aktiviti perlu dipersembahkan dan dipantau serta disusuli
jika menginginkan impak yang sepenuhnya. Hal ini bermakna pelajar perlu
bersedia lebih awal sebelum aktiviti. Guru perlu memberikan bimbingan dan
maklum balas semasa aktiviti serta menstruktur refleksi selepas aktiviti.
Semasa
memperkenalkan aktiviti, guru perlu menegaskan tujuan pembelajaran agar pelajar
akan melibatkan diri dalam aktiviti. Mereka jelas
tentang matlamat yang ingin dicapai. Guru boleh
membimbing pelajara dengan menyempurnakan kehendak tugasan. Apabila pelajar
mula melaksanakan aktiviti dan tugasan, guru boleh memantau kemajuan dan
menyediakan bantuan jika perlu. Kesemua tugasan
perlu disusuli dengan refleksi atau perbincangan pada akhir tugasan. Guru akan membuat semakan dengan pelajar, memberikan
maklum balas umum tentang prestasi dan mengukuhkan idea-idea utama apabila
berhubung dengan matlamat kesuluruhan.
PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH
Lynda Wee (2004) menyatakan bahawa PBL adalah satu
pendekatan pemusatan pelajar yang merupakan pendekatan yang efektif dalam
meningkatkan kualiti pembelajaran, menggalakan penglibatan aktif, bekerjasama,
maklum balas yang cepat terhadap proses pembelajaran, pemahaman yang mendalam
terhadap subjek dan merujuk kesesuaian pembelajaran pelajar melalui
pembelajaran kendiri.
Pembelajaran
Berasaskan Masalah (PBL) merupakan salah satu contoh yang baik untuk proses
pembelajaran secara pengalaman dan pendekatan berpusatkan pelajar. Dalam kaedah
PBL, pelajar akan berusaha untuk mencari maklumat dan menyelesaikan masalah
dengan usaha sendiri. Proses tersebut akan menggalakan pelajar berfikir secara
kritis dan kreatif (KUiTTHO, 2005)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan