KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
(BMM 3117)
Tajuk : Komponen Pengajaran
1. Kemahiran induksi
2. Penerangan
3. Penyoalan
4. Variasi ransangan
1. KEMAHIRAN INDUKSI
Definisi Set Induksi
· Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah
proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk
tujuan-tujuan tertentu.
· Ee Ah Meng (1987) menyatakan set induksi ialah kemahiran
yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti sesi
pengajaran iaitu orientasi prapengajaran.
Objektif Set Induksi
· Menarik
perhatian dan menimbulkan minat murid terhadap aktiviti pengajaran yang akan
dijalankan.
· Membina aliran
fikiran murid supaya mereka bersedia mempelajari sesuatu yang berkaitan.
· Memotivasikan murid
supaya bersedia untuk belajar.
· Mengaitkan
pengalaman atau pengetahuan lepas murid dengan isi pelajaran baru yang hendak
disampaikan.
· Membantu murid mengikuti
pelajaran dengan lebih mudah dan bermakna.
Komponen Set Induksi
a) Menarik perhatian
Menarik Perhatian merangkumi perkara berikut:
• Mewujudkan nada suara yang sesuai.
• Menggunakan ABM/BBM yang menarik.
• Menggunakan gerakan, kontek mata, isyarat.
• Menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa.
b) Mewujudkan motivasi
Mewujudkan Motivasi merangkumi perkara berikut :
• Membangkitkan rasa ingin tahu.
• Menggunakan teknik bercerita.
• Menunjukkan suatu aktiviti yang berguna.
• Menggunakan soalan yang mencabar.
c) Membuat perkaitan
Membuat Perkaitan merangkumi perkara berikut :
• Mengaitkan pengetahuan lepas murid.
• Mengaitkan isi pelajaran baru.
• Mengaitkan peristiwa semasa.
• Mengaitkan minat dan pengalaman murid.
d) Menstruktur
Menstruktur merangkumi perkara berikut :
• Menyatakan had tugas yang akan dijalankan.
• Menggunakan satu siri soalan yang berkaitan.
• Menyatakan cara-cara melaksanakan tugas.
• Menyatakan aktiviti, tugasan atau projek.
2. PENERANGAN
Definisi Penerangan
• Satu kemahiran
untuk menceritakan, menjelaskan, menggambarkan, memindahkan sesuatu perkara
yang diketahui kepada orang lain.
Matlamat Komponen Penerangan
· Menaakul - Penerangan sebab musabab, punca berlakunya
sesuatu dan membuat ramalan atau kemungkinan
· Menghuraikan proses - Menghuraikan proses,
peraturan, undang-undang dan prosedur
· Menjelaskan maklumat - Memudahkan murid faham
dengan jelas sesuatu maksud, konsep, fakta, isi pelajaran dan sebagainya dengan
ringkas dan padat.
Teknik Memberi Penerangan.
a) MERANCANG
· Kenalpasti kumpulan sasaran, bahan bantu
mengajar,pilih kaedah mengajar yang sesuai dan susun idea dengan baik.
b) MENEPATI SASARAN
· Kebolehan, kemampuan usia dan pengalaman. Bahan bantu
mengajar perlu menepati kumpulan murid.
PRINSIP- PRINSIP
PANDUAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANG
1. Guru hendaklah merancang aktiviti pengajaran dengan
memilih cara dan bentuk penerangan yang sesuai.
2. Masa untuk menggunakan kemahiran menerang hendaklah
singkat.Pelajar- pelajar akan merasa bosan jika mereka disuruh duduk diam untuk
mendengar penerangan guru dalam tempoh masa yang lama.
3. Untuk mengekalkan minat pelajar terhadap penerangan
guru,kemahiran variasi rangsangan hendaklah digunakan, terutama bagi penerangan
yang memerlukan masa yang melebihi satu minit.
4. Perkataan dan istilah yang digunakan untuk menerangkan
hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman pelajar.
5. Penerangan haruslah berdasarkan pengetahuan pelajar
yang lepas supaya mereka dapat mengikutinya dengan mudah dan bermakna
6. Alat bantu mengajar yang digunakan untuk membantu guru
menerangkan sesuatu isi pelajaran hendaklah sesuai serta diuruskan dengan
teknik yang berkesan.
7. Selepas aktiviti perancangan, guru hendaklah
menggalakkan pelajar bertanya mana- mana perkara yang mereka kurang faham
8. Contoh-contoh, ilustrasi yang digunakan untuk
menerangkan hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman pelajar.
KESAN- KESAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANG KE ATAS
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN1.
1. Pelajar- pelajar dapat memahami konsep fakta dan bahan
pengajaran guru akan menjadi jelas iaitu isi pelajaran dapat difahami dengan
lebih cepat, mudah, tepat dan bermakna.
2. Pelajar- pelajar juga dapat memahami sesuatu proses
atau prosedur secara terperinci dan teratur. Pelajar dapat menaakul sebab
musabab berlakunya sesuatu kejadian dengan lebih jelas.
3. Pelajar- pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti
pengajaran guru jika penerangannya menarik dan bermakna. Ini dapat meneguhkan
lagi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah.
4. Contoh- contoh ilustrasi dan bahan pelajaran bukan
sahaja dapat merangsangkan pelbagai deria pelajar, tetapi juga memudahkan
kefahaman konsep dengan tepat serta mengukuhkan apa yang diterangkan dalam
ingatan mereka.
5.Masa aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan kerana
pelajar dapat memahami dengan cepat dan ini boleh digunakan untuk
menambahkan aktiviti pembelajaran yang lain kepada pelajar.
3. KOMPONEN PENYOALAN
Objektif
Penyoalan
· Merangsang dan mencungkil fikiran
murid.
· Menguji pengetahuan dan kefahaman murid.
· Membimbing murid
menggunakan kaedah inkuiri-penemuan untuk membuat kesimpulan atau menyelesaikan
sesuatu masalah yang kompleks.
· Menarik
perhatian murid supaya menumpukan perhatian mereka kepada
aktiviti pengajaran guru atau kepada sesuatu penegasan.
· Menilai
keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian objektif pelajaran.
· Membantu
murid mengulangkaji pelajaran untuk menyediakan diri dalam ujian
yang akan datang.
· Menjalin
perhubungan yang baik diantara guru dengan murid melalui aktiviti soal
jawab.
· Membantu murid
mengukuhkan konsep dan kefahaman yang baru dipelajari pada peringkat akhir
pelajaran.
· Mengembangkan
daya pemikiran murid melalui satu siri soalan yang terancang.
· Melibatkan murid
secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENYOAL.
1. Pembentukan Soalan
v Aras soalan sesuai
mengikut umur,kebolehan dan pengalaman murid
v Merancang
jenis-jenis soalan yang berkaitan
v Gunakan istilah dan
perkataan yang mudah difahami
v Bentuk soalan diubah
dari masa ke semasa.
v Soalan haruslah
boleh menjana pemikiran murid.
2. Teknik Mengemukakan Soalan
v Guru mengemukakan
soalan, berikan masa untuk murid berfikir dan sebut nama murid.
v Soalan haruslah
ditujukan kepada seluruh kelas, bukan untuk murid yang cerdas sahaja.
v Bagi memastikan
murid fokus, minta mana-mana murid untuk mengulang kembali jawapan rakan
mereka.
v Beri amaran kepada
murid-murid bahawa soalan akan dikemukakan sekalu sahaja dan minta mereka
bersedia mendengar.
3. Penerimaan Jawapan Murid.
ü Beri pujian kepada
murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul.
ü Guru hendaklah
mengelakkan amalan mengulangi jawapan murid kerana ini akan menggalakkan murid
lain tidak mendengar jawapan yang diberi oleh rakan mereka sebaliknya menunggu
ulangan daripada guru.
ü Jika jawapan kurang
tepat, minta murid lain cuba menjawab atau guru boleh memberi maklumat tambahan
untuk melengkapkan jawapan.
ü Jika murid tidak
dapat menjawab soalan, guru perlu membantu dengan mengubah aras
soalan lebih rendah.
ü Larang murid untuk
menjawab soalan beramai-ramai.
ü Jangan memarahi
atau memalukan murid jika jawapan yang diberikan salah.
Kesan Kemahiran Penyoalan kepada P&P
1.
Murid akan
melibatkan diri secara aktif dalam P&P
2.
Menambah minat
murid dan mendorong mereka menumpukan perhatian
3.
Daya pemikiran
murid dapat diperkembangkan.
4. Guru boleh membuat penilaian terhadap tahap pemahaman
murid.
5. Perhubungan murid dan guru akan bertambah baik. Murid
lebih yakin untuk bertanya sebarang soalan mengenai pelajaran.
KOMPONEN KEMAHIRAN MENYOAL
a) Penbentukan Soalan
a) Fokus (Tunggal) – jelas, tepat, ringkas
b) Fokus (Pelbagai) -
Soalan yang ditumpukan kepada satu
idea, Soalan konvergen
c) Sebaran -
Soalan ditumpukan lebih kepada satu idea,
Soalan divergen.
d) Hentian - soalan disebarkan kepada seluruh
kelas.
e) Melayani Jawapan -
memberi masa kepada murid memikirkan jawapannya
f) Memberi petunjuk menjawab - Memberi pujian,
Melengkapkan jawapan, Membaiki jawapan.
g) Memberi petunjuk menjawab - Memberi petua atau
petunjuk untuk membantu murid.
4.VARIASI RANGSANGAN
Prinsip Variasi Ransangan
· Perubahan kaedah
dan teknik penyampaian guru hendaklah dikaitkan dengan tujuan dan isi
pelajaran
· Perubahan
aktiviti pengajaran haruslah lancar dan dikaitkan dengan langkah-langkah
penyampaian di antara satu sama lain
· Penggunaan alat
bantu mengajar untuk mempelbagaikan pengalihan saluran deria haruslah dirancang
dan disampaikan dengan teknik yang berkesan.
· Setiap
langkah penyampaian haruslah mengandungi aktiviti pengajaran
yang berbeza dengan langkah penyampaian yang lain.
· Guru harus
mengubah rangsangan berdasarkan maklum balas yang didapati daripada
pelajarnya.
Objektif Variasi Ransangan
v Memberi peluang kepada pelajar menggunakan berbagai saluran
deria untuk memperoleh ilmu.
v Memotivasi dan membangkitkan naluri ingin tahu melalui
pelbagai aktiviti pengajaran guru.
v Memberi peluang kepada pelajar menikmati pelbagai aktiviti yang
dijalankan.
v Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang positif dan
seronok.
v Memusatkan perhatian pelajar dan mengekalkan perhatian mereka terhadap
pengajaran guru.
v Melibatkan pelajar secara aktif dalam berbagai pengalaman baru
dalam pembelajaran.
Komponen Variasi Ransangan
ü Komponen perubahan pergerakan langkah guru. Guru bergerak ke
kiri dan kanan, belakang dan depan semasa mengajar. Pergerakan langkah guru
perlu dilakukan secara perlahan supaya tidak mengganggu P&P dan tumpuan
kanak-kanak.
ü Komponen perubahan fokus deria murid. Perhatian
kanak-kanak akan berubah apabila guru mengubah cara mengajar dengan menggunakan
BBM.
ü Komponen perubahan pergerakan anggota
guru. Guru juga boleh menggunakan bahagian anggota badan yang lain
contohnya tangan untuk menegaskan penerangan dan penyampaian.
ü Komponen perubahan nada suara guru. Guru tidak hanya
menggunakan suara yang mendatar tetapi perlu mengubah nada suara mengikut kepentingan
bahan pengajaran.
ü Komponen perubahan bentuk lisan murid. Kanak-kanak
boleh dilibatkan secara lisan contohnya penggunaan bahasa.
ü Komponen perubahan bentuk fizikal
murid. Perubahan bentuk fizikal murid seperti lakonan, menulis, dan simulasi
Kesan Variasi Ransangan
• Aktiviti
P&P akan menjadi lebih seronok & menarik.
• Minat dan
perhatian murid akan tertumpu sepenuhnya terhadap aktiviti pengajaran guru.
• Naluri
ingin tahu pelajar akan dibangkitkan dan mereka berusaha melibatkan diri secara
aktif.
• Murid
berpeluang menggunakan pelbagai saluran deria untuk
mempelajari sesuatu.
• Masalah disiplin
dapat dikawal apabila pelajar menumpukan sepenuh perhatian terhadap
aktiviti pengajaran guru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan