28 Julai 2012

DEFINISI LITERASI


Literasi Bahasa Melayu bermaksud proses untuk melihat kemampuan minimum murid membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Kemahiran literasi ditakrifkan sebagai keupayaan seseorang itu membaca dan menulis. Perkataan ‘literasi’ diambil daripada perkataan Inggeris, ‘literacy’  yang bermaksud kenal huruf. Manakala dalam bahasa Arab pula dikenali sebagai ‘taarub’ yang bermaksud mengenal huruf. Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) mendefinisikan seseorang yang mempunyai keupayaan literasi ialah seseorang yang dapat membaca dan menulis sesuatu pernyataan suatu pernyataan yang pendek dan mudah dalam kehidupan sehariannya. Kegiatan literasi (termasuk kegiatan mendengar, bertutur, membaca, menulis dan berfikir) dalam sesuatu bahasa ialah satu proses membina makna. Makna dibina menerusi interaksi antara seseorang individu dengan teks serta konteks persekitaran yang dialaminya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan